18 KESILAPAN TUAN RUMAH APABILA MENGUBAH SUAI RUMAH

Oleh Nur Azlin Fathil, Pengurus Solarcrest Sdn Bhd

Dari mengabaikan kerja persediaan dan keselamatan sehingga memberikan bajet yang tidak munasabah, mari kita kenali kesilapan umum yang biasa dilakukan oleh tuan rumah ketika hendak mengubah suai rumah.

#1 BERJIMAT, NAK YANG MURAH SAHAJA!
Ini adalah kesilapan yang paling ketara dan sering dilakukan oleh tuan rumah apabila mereka terlalu ingin berjimat. Ya, tak salah untuk berjimat, tetapi adalah dinasihatkan untuk melakukan ‘survey’ epal ke epal terhadap sesuatu servis atau barangan. Ini mungkin kelihatan remeh akan tetapi ianya sangat penting kerana ia melibatkan kualiti produk yang bakal dibeli.

Di akhirnya anda akan mendapat apa yang anda bayar! Apa yang sering kami nasihatkan ialah jika anda mahu buat pengubah suaian rumah, buatlah dengan betul tapi jika anda tidak mampu, tunggu dulu!

#2 UKURAN TIDAK TEPAT
Mengambil ukuran yang tepat itu penting. Suka kami tekankan disini bahawa kurang atau lebih ukuran walau pun hanya setengah inci, itu akan membuat hasilnya lari daripada apa yang ingin di realisasikan. Untuk memperbaiki kesilapan ini selalunya akan menelan kos yang agak tinggi. Oleh itu jika anda tidak yakin bagai mana untuk mengukur sesetengah tempat itu, adalah lebih baik anda memanggil tukang untuk membantu anda mengukur ruang.

#3 MENGABAIKAN KERJA PERSIAPAN
Lakukan kerja betul dengan cara yang betul. Ini mungkin kelihatan seperti remeh tapi ambillah sedikit masa untuk membuat kerja persiapan. Kerja persiapan ini termasuklah kerja-kerja ‘survey’ bahan mentah, syarikat kontraktor ubah suai, reka bentuk rumah yang ingin direalisasikan, sedikit nota tentang idea pengubah suaian dan juga bajet anda yang anda harus lakukan berdasarkan survey anda. Perkara ini memang remeh, tapi inilah yang akan menjimatkan kos wang dan masa anda nanti. Percayalah!

#4 RASA NAK BUANG SEMUA
Memang kita akan rasa seperti nak ubah semua yang lama-lama. Ini sebenarnya nafsu kita yang ingin melihat sesuatu yang baru terhasil. Maka di sinilah kerja persediaan memainkan peranan. Bukan semua benda dalam rumah kita tu perlu dibuang atau ubah.

Bila anda ada kerja persiapan, ianya ibaratkan ‘plan tindakkan’ anda yang mana anda boleh ikut atau menyesuaikan mengikut idea anda.

#5 OBSESIF DENGAN PENGGUNAAN ‘DUCT TAPE’
Ketahuilah penyelesaian masalah menggunakan ‘duct tape’ itu bersifat sementara. Orang suka guna ‘duct tape’ sebab ianya murah dan mudah tapi ianya bukanlah penyelesaian kekal.

#6 MEMBINA TANDAS MINI / KECIL
Jika anda ingin membina tandas mini, pastikan anda memilih kelengkapan yang betul mengikut ruang yang ada. Pilihlah kelengkapan tandas yang ‘compact’ dan lebih kecil. Jangan pula beli sinki tandas yang besar untuk dimuatkan pada tandas kecil.

Anda boleh hias tandas mini dengan menggunakan corak dan warna yang ‘bold’.

#7 MENGABAIKAN PENCAHAYAAN
Ini juga antara kesilapan yang sering dilakukan. Anda terlalu ghairah mengubah suai dan mendekorasi sehingga anda lupa tentang pencahayaan.

Pencahayaan penting jika anda inginkan kesan rekaan yang optimum. Dengan pencahayaan rumah yang betul, ianya akan mengubah warna dan suasana rumah itu.

Terdapat 3 jenis pencahayaan yang perlu di titikberatkan:

  1. Cahaya umum
  2. Cahaya kerja
  3. Cahaya tumpuan

Anda memerlukan kombinasi kesemua pencahayaan ini untuk mendapatkan hasil reka yang optimum.

#8 MEMILIH UNTUK MENGIKUT TREND
Tak salah ikut trend. Akan tetapi anda perlu ingat apa sahaja yang berkait dengan trend ianya adalah sementara.

Maka pilihlah rekaan yang bersifat evergreen atau sesuatu yang praktikal dan tahan lama.

#9 GUNA JENIS CAT YANG SALAH
Ramai yang buat kesilapan ini – guna cat yang salah.

Apa yang ramai tak tahu ialah sebenarnya kita ada cat yang tersendiri untuk setiap jenis permukaan.

Sebagai contoh, cat semi-gloss adalah sesuai untuk bahagian trim dalam tandas atau ruang makan. Kesan gloss itu boleh memberi kesan yang esklusif.

#10 RUANG LALUAN & TANGGA
Bila mengubah suai bahagian ini, sebenarnya lagi besar/luas lagi baik.

#11 MEMILIH TINGKAP YANG SALAH/TIDAK SESUAI
Pemilihan tingkap pun penting bila mengubah suai rumah. Akan tetapi ini juga yang sering tuan rumah ‘berjimat’. Ya, tingkap selalunya mahal, maka pilih lah dengan baik tanpa mengabaikan kualiti

#12 TAK BUAT KERJA RUMAH
Ini berkait dengan point #3 tadi. Bila anda buat kerja persiapan ini anda ada ‘guideline’ tentang apa yang anda nak buat, akan buat, bagaimana dan bila. Jika anda ada sebarang soalan, mudah bagi anda untuk Tanya kontraktor anda.

Adalah penting untuk anda tahu apa yang sedang berlaku ketika proses pengubah suaian.

#13 LUPA UNTUK MENAIK TARAF SISTEM ELEKTRIK.
Bila buat pengubahsuaian, sistem elektrik perlu di ambil kira. Kebiasaannya tuan rumah lupa untuk ‘update’ sistem elektrik mereka. Bila ini terjadi ‘short’ atau ‘tripped’ wire akan berlaku.

Pastikan ianya mengikut piawaian and guna lah khidmat bertauliah.

#14 MENGABAIKAN ‘STYLE’ RUMAH ANDA
Anda beli setti ala Morroco atau perabut jati tu bersebab. Sebab anda sukakan gayanya. Maka bila mengubah suai, jangan abaikan perhiasan/perabut yang sedia ada.

#15 MENGELAT PERMIT
Jika apa-apa kemalangan berlaku, insurance tak akan ‘cover’. Anda juga boleh disaman oleh pihak Perbandaran tempatan anda. Biasanya kontraktor anda boleh buatkan. Jangan lupa tanya! Kalau tak tanya mereka buat bodoh sahaja.

#16 UPAHLAH KONTRATOR YANG BERWIBAWA
Ini sangatlah penting. Sebabnya dia akan berada dalam rumah anda. Buatlah sedikit ‘survey’ tentang ‘track record’ mereka.

Pastikan mereka boleh dipercayai dan beretika. Satu tip menarik ialah pilih kontraktor yang cepat membalas panggillan anda (disamping melihat track record mereka). Tanya mereka skop kerja mereka bagaimana. AWAS ramai kontraktor ‘hit & run’ sekarang ini.

#17 MEMBANGUN SECARA BERLEBIHAN DI KEJIRANAN ANDA.
Ini kesilapan yang sering kita nampak berlaku. Contoh; anda ada rumah nilai RM100k dan anda mengubah suaikannya lagi dengan nilai RM100k. Maka sekarang nilai rumah itu menjadi RM200k di kawasan kejiranan yang bernilai RM100k.

Ini akan memberi impak kepada nilai rumah untuk di jual atau disewa kelak.

#18 MELETAKKAN BAJET YANG TAK REALISTIK
Ini adalah sesuatu yang selalunya anda silap memberi bajet kerana anda mungkin tidak sedar bahawa kos terbesar dalam pengubahsuaian rumah ialah kos tenaga kerja. Jadi bila anda ingin membuka dinding dan sebagainya, anda harus meletakkan sedikit bajet ‘extra’ kerana anda tidak tahu apa yang anda akan jumpa di sebalik dinding tersebut. Maka sebaiknya anda ‘buffer’kan bajet anda, tapi biarlah realistic.

Semoga anda mendapat sesuatu bermanfaat daripada perkongsian ini.

Yang Ikhlas,
Nur Azlin Fathil.
Pengurus Solarcrest Sdn Bhd
www.solarcrest.com.my

Share this post