18 KESILAPAN TUAN RUMAH APABILA MENGUBAH SUAI RUMAH
Oleh Nur Azlin Fathil, Pengurus Solarcrest Sdn Bhd Dari mengabaikan kerja persediaan dan keselamatan sehingga memberikan bajet yang tidak munasabah, mari kita kenali kesilapan umum yang biasa dilakukan oleh tuan rumah ketika hendak mengubah suai rumah. #1 BERJIMAT, NAK YANG MURAH SAHAJA! Ini adalah kesilapan yang paling ketara dan sering dilakukan oleh tuan rumah apabila mereka terlalu ingin berjimat. Ya, tak salah untuk berjimat, tetapi adalah dinasihatkan untuk melakukan ‘survey’ epal ke epal terhadap sesuatu servis atau barangan. Ini mungkin kelihatan remeh akan...